Steve merupakan seorang usahawan dan juga pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi dan juga bekas CEO di Apple Inc. Beliau juga pernah menjadi CEO di Pixar Animation Studios, dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pd tahun 2006. Kehadirannya dlm duni pengkomputeran mmg sgt di kagumi dan di hormati di seluruh dunia termasuklah ak sdri kerana memperkenalkan peranti siri 'i' yg sgt popular apt ipod, iphone, ipad, imac. Ak sdri gemarkan semua keluaran Apple Inc dan pernah memeliki iPhone3, iPhone4, dan terkini aku amat selesa dan berpuas ati dengan gadget iPad2 ku.. mmg class brand ni.. luv~
Beliau dilahirkan pd 24.02.1955 di San Francisco California oleh Joanne Carole Schieble yg merupakan warga Amerika Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali yg berketurunan Arab dr Syria. Ketika beliau di lahirkan kedua ibu bapa beliau masih belajar dan hubungan mereka di tentang oleh ahli keluarga. Oleh itu Steve di serahkan kepada keluarga angkatnya iaitu Paul dan Clara Jobs dari Mountain View, California. Bapa angkat beliau merupakan seorang juru mesin sebuah syarikat yg mhasilkan laser, dan minat Steve dlm dunia teknologi ini mungkin terdorong daripa bapa angkatnya yang sering mengajar beliau asas tentang elektronik.
Selepas tamat waktu belajar beliau sering mengadakan kuliah di Syarikat Hewlett-Packard di palo Alto, California. Tidak lama kemudian beliau di upah pada musim panas utk bekerja disitu. Pada 1974, beliau bekerja di Atari Inc sebagai juruteknik iaitu kilang yg mengeluarkan vdeo. Beliau berusaha utk mengumpul wang kerana ingin ke India utk bekerja dengan Apple Inc.
Setelah Steve kembali bekerja di Atari dan beliau di tugaskan utk mengurang cip di litar permainan tersebut. Beliau berjaya mengurangkan 50 cip melalui ciptaan papan litar yg sgt kompak. Dengan itu Steve terdorong utk menghasilkan sebuah komputer peribadi pertama Apple.
Bermula dari itu pelbagai ciptaan yg berjaya di hasilkan oleh beliau sehinggalah pada 2004, beliau mendedahkan kepada semua tentang penyakit barah pankreas. Beliau menentang doktor dan mengamalkan diet perubatan alternatif khas sebelum menjalanani proses pancreaticoduodenectomy dan berjaya membuang tumor tersebut pd Julai 2004. Kesihatan beliau kian pulih dan membaik.
Pada awal 14 januari 2009, beliau meningkal memo mengumumkan beliau cuti selama 6 bulan sehingga hujung Jun 2009. Ini disebabkan oleh faktor kesihatannya yg lebih kompleks. Pada April 2009, beliau telah menjalani pemindahan ati di Methodist University Hospital Transplant Institute, dan prognosisnya adalah begitu baik skali.
Selepas hampir setahun beliau kembali bertugas di Apple sejak berjaya menjalani pemindahan ati, Apple skali lagi mengumumkan beliau akan bercuti sakit. Walaupon bercuti, Steve tetap membuat penampilan pada majlis pelancaran iPad2 pada 2 Mac yg lalu.
Kemudian Steve mengumumkan perletakkan jawatan beliau pada 24 Ogos 2011 dengan kenyataan beliau tidak lagi dapat memenuhi tugas kerana derita sakit yg di tanggungnya. dan jawatan CEO tersebut di gantikan dengan Tim Cook. Selepas beberapa bulan dari perletakkan jawatannya itu, iaitu sehari selepas pelancaran iPhone 4s, Steve Jobs telah disahkan meninggal dunia di rumahnya California pada jam 3 petang berikutan komplikasi barah pankreas yang di hadapi beliau..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.