Dia memiliki akhlak yg tpuji, sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap nsan yang melihatnya,.. Dia juga merupakan sayap kiri kepada perjuangan seorang khalifah dan seorang isteri yang sangat ikhlas, setia dan taat kepad suami tercinta walaupon bapa nya sendiri adalah golongan Quraisy.
Ketika beliau bernikah dengan Khalifah Uthman bin Affan, beliau baru memasuki umur 18thn sedangkan Uthman pada ketika itu berumur 81thn. Jarak umur yang amat ketara itu timbul persoalan pada Uthman terhadap isterinya "tidakkah engkau keberakatan utk menikahi lelaki tua?" Nailah mjawab "Saya mmg menyukai lelaki yang berusia..." Uthman bertanya lagi " tetapi aku sekarang sudah terlalu tua,.." Nailah pantas menjawab "tetapi masa muda mu engkau habiskan masa hanya utk bersama Rasullah saw, dan itu jauh aku lebih suka kan mu"
Kecantikan paras rupa, kebijaksanaan dalam apu jua bidang, kefasihan lidahnya berkata dan berbicara serta kematangan fikiran dalam membuat keputusan menjadikan NAILAH ini sebagai serikandi Islam yang disegani diseluruh dunia.
Mereka bernikah di Madinah dan mempunyai seorang anak perempuan, Maryan Bin Uthman. Nailah duduk di rumah Uthman dengan penuh kehormatan. Semasa pengepungan rumah Khalifah Uthman selama 50 hari Nailah tidak pernah berenggang daripada suaminya.
Kaum pemberontak tidak berhenti-henti melemparkan batu kerumah Uthman dan 3 org telah terbunuh. Nailah sentiasa melindungi suaminya. ketika pemberontak berjaya memasuki rumah mereka,..lelaki pertama menghayunkan pedangnya terhadap Uthman tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangan nya sehingga terputus jari jemarinya yang halus itu. Nailah menjerit kesakitan, lalu seorang lagi lelaki telah menghayunkan pedang terhadap Uthman, dan sekali lagi Nailah menahan sehingga terhiris jari-jari nya yang lain.
Akhir nya pemberontak tersebut berjaya mendapatkan Uthman lalu mereka menarik janggut2 Uthman dan mengelar pada badan Uthman tetapi Naillah cuba utk menghalang tetapi tidak berjaya. Akhirnya suami Naliah Khalifah Uthman berjaya dibunuh,..
Setelah itu tidak ada seorang pon yang berani utk menguruskan jenazah Uthman sehinggalah nailah mengutuskan kepada Jubair bin Hizam utk menguruskan jenazah tetapi mereka tidak berani utk melakukan di siang hari. Akhir nya Khalifah Uthman berjaya dikebumikan pada waktu antara selepas maghrib ke Isyak.
Kematian suaminya menyebabkan hidup Nailah bertambah sedih sehinggala pada suatu hari Muawiyah datang utk meminangnya. nailah menolak dan mematahkan kesemua giginya dan mereka bertanya "mengapakah engkau mematahkan kesemua gigi kamu?" lalu Nailah menjawab "aku tidak mahu orang lain tahu apa yang ada pada diri ku kecuali Uthman"
Nailah telah menolak perkhawinan nya selepas kematian Uthman walaupun pada ketika itu dye masih muda. Dia masih tetap setia dan sanggup berkorban apa sahaja utk perjuangan suaminya.
Moral Of da Stori :
i) saya kagum dengan Nailah kerana sanggup mengawini lelaki yang terlalu jauh usia. bukan kerana harta pangkat atau rupa. malah bersa bangga bila masa muda suaminya di habiskan bersama Rasullah saw...
ii) sangat kagum kerana sanggup mempertahankan suaminya walaupon terpaksa mengorbankan jari jemarinya yang halus itu...
iii) kagum kerana Nailah sanggup memburukkan dirinya apabila ada yang datang meminangnya kerana begitu setia dengan cinta yang satu bersama arwah suaminya Khalifah Uthman..
so, bolehkah kita menjadi seperti Nailah alFarafisha???
;)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.