Friday, 19 August 2011

20 ramadhan..

huh diam x diam akhir nye kita semakin hampir utk beraya,.. bulan Ramadhan kali ini banyak mengajar aku, pelbagai perkara yg terjadi yg blaku di depan mata amat menakutkan, menmbuatkan aku lebeh menginsafi diri,... lebih menghargai diri dan orang-orang yang ak sayang...

Sejenak ak terfikir akan kata-kata emakku tentang hasutan syaitan,iblis dan jin... "Ramadahan Tuhan akan ikat dan rantai semua syaitan, jin dan iblis,... utk sebulan,.. tetapi masih terasa pelik kerana pada Ramadhan mereka masih melakukan kejahatan, maksiat, meninggalkan suruhan,... dan banyak lagi,.. mengapa? adakah hasutan itu masih berlegar di bulan Ramadhan..? tidak...! yang pasti Syaitan pandai menggunakan masa dan peluang yang ada,.. tidak seperti manusia, yg suka mensia-siakan peluang,...selama 11 bulan dimana semua syaitan dan iblis bebas, masa itu lah di gunakan sepenuhnya utk melatih manusia utk sentiasa lalai,..sentiasa melakukan kejahatan,,.. " oooo kini aku mengerti mengapa masih ada yg suka melakukan kejahatan di bulan Ramadhan...

Walhal Allah SWT memberi kita peluang utk sentiasa meningkatkan amalan kepada nya di Ramadhan ini tanpa hasutan syaitan,..tapi masih yg gagal melawan hasutan itu, walaupon, syaitan sudah dirantai,.. sebab mereka sudah terbiasa melakukan kejahatan,..betapa besarnya kesan hasutan syaitan itu,..

aku akui aku sendiri bukan lah jenis yang terlalu baik sangat, tapi sekurang2nya aku mengambil berat tentang hal ini sebab takut utk menjadi penganut Islam yang palsu,.. huh,.. selain itu perkara yg ak amat sedih sekali bila manusia berTuhankan duit di bulan Ramadhan,.. apa yang saya pelajari masa sekolah agama dulu, makan duit dan hak org dosanya amat dasyat sekali,..bukan setakat di akhirat, malah di dunia Allah SWT akan tunjukkan balasannya,... antaranya ialah mereka tidak akan pernah senang dengan makan hak org,.. selain itu kesihatan akan sentiasa terjejas, sepanjang masa akan mendapat sakit,.. kehidupan juga tidak menjadi tenteram,... dan semua balasan dunia ini mmg jelas saya lihat sendiri terjadi pada seorang hamba Allah, kesian melihatnya tapi bagaimana mahu membantu sedangkan diri nya seorang yang ego, tidak boleh ditegur,..

Malah dengan bTuhan kan duit ini, manusia menjadi penipu, menjadi lalai, menjadi bongkak dan pasti menjadi semakin jauh diri nya dengan Tuhan,..walaupon saya pernah melihat dye menunaikan tanggungjawab nya sebagai org Islam, tapi terfikir adakah ianya diterima Tuhan,.. tapi sapa la saya utk menentukan semua itu,.. itu antara dye dengan Tuhan,... yg pasti saya rasa dye perlu bertaubat, kerana bukan sikit menipu sana sini,.. yg dapat malu ahli keluarga yg lain,... yang menangung juga ahli keluarga,... depan yang lain akan menjadi baik utk menutup dirinya yg busuk, menjaja nasib sana sini, minta simpati menggunakan aset yg ade,... sesungguhnya aset yg dikirimkan Tuhan adalah utk dijaga dan di didik menjadi yg berguna, bukan utk mjadi jejak langkah nya,...

Macam2 perkara pelik yg berlaku,tp bagi mereka itu perkara biasa...entah la...kubur masing2, tapi masih ade lagi peluang utk kembali,... sesungguhnya bertaubat lah sebelum pintu taubat itu tertutup, amat payah utk kita lalui kelak,....

with lots of luvRamadhan,....~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.